Monday 3 October 2011

Globalisasi??????






Apakah globalisasi??? Mungkin ramai yang dah tahu dan ada yang tak tahu pun tapi buat-buat tahu takut nanti dikatakan ketinggalan zaman pulak...

 saya nak share ape yang saya tahu tentang globalisasi ni..Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.


 

Menurut buku ini pula, globalisasi merujuk kepada dunia dimana masyarakat, budaya, tatanegara dan ekonomi dalam erti kata lain wujud atau datang bersama-sama bermakna ia berlaku serentak. Menurut Giddens (1990:64) konsep itu boleh ditakrifkan sebagai `intensifikasi sosial' di seluruh dunia dimana  hubungan yang menghubungkan kawasan-kawasan yang jauh dalam apa-apa jua cara dimana kejadian yang berlaku walaupun dibentuk oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya.



2 comments:

  1. hye tiah...saya nak kongsi sedikit dengan kamu maksud globalisasi..ianya lebih mudah untuk mengaitkan globalisai ini sebagai pembentukan desa global (global village) yang bererti konteks yang lebih erat antara pelbagai pelosok dunia,dapat meningkatnya interaksi personal, saling kerja sama dan persahabatan antara penduduk dunia.

    ReplyDelete
  2. oo...begitu hehehe...time kasih ats info itu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...