Saturday 17 December 2011

BERITA....

Rakyat Malaysia antara jumlah pelawat tertinggi ke Amerika Syarikat


2011/12/17

KUALA LUMPUR: Seramai 44,000 rakyat Malaysia melakukan kunjungan ke Amerika Syarikat bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai bilangan pelawat kedua tertinggi selepas China. 

Konsul Besar Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, Timothy Scherer, berkata jumlah kunjungan rakyat Malaysia ke negara itu meningkat 20 peratus berbanding tahun lalu.
"Situasi ini membuktikan kepada dunia bahawa tidak ada prasangka terhadap pelancong Malaysia khususnya orang Islam untuk melawat Amerika Syarikat," katanya pada ceramah berjudul "Travel USA-All You Need To Know" di Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) di sini, hari ini.
Katanya, prosedur memohon visa bukan sesuatu yang rumit walaupun tidak ada mitos mengenainya. 

"Salah satu tanggapan berhubung sesi temubual yang mana orang percaya ianya susah. 

"Sebenarnya sesi temubual itu singkat dan mudah seperti tujuan lawatan, tempat yang ingin dilawati dan sebagainya...ia perlu dijawab pemohon dan meyakinkan pegawai bertugas," katanya. 

Scherer berkata, tidak ada prosedur berbeza untuk memohon visa dan semua pemohon tanpa pegangan agama perlu mengikuti kriteria yang sama. 
“Kedutaan Amerika Syarikat tidak mendiskriminasikan pelancong yang mempunyai nama Islam kerana nama keluarga adalah biasa dan mereka mempunyai pangkalan data sendiri untuk menentukan profil pemohon. Contohnya, ada 20,000 pelajar dari Arab Saudi yang menuntut di Amerika Syarikat, 

“Tempoh pengesahan visa juga menyebabkan peningkatan jumlah pelancong di mana tempoh yang diberikan adalah selama 10 tahun berbanding setahun oleh negara lain,” " katanya. - BERNAMA 

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt...
    Sememangnya pelancongan merupakan salah satu ciri-ciri globalisasi,adalah lebih baik sekiranya dapat disertakan maklumat berkenaan jumlah pelancong Amerika yang mengunjungi Malaysia pada tempoh masa yang sama supaya perbandingan dapat dilihat...

    ReplyDelete
  2. wassalam...terima kasih ats pandangan
    sy akn cube cari statistik tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...